Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Tanggal 31 Ogos datang lagi. Ada di antara kita yang tidak mengendahkan dengan tarikh ini. Sedangkan pada tarikh inilah kita berjaya membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Atas usaha-usaha para pemimpin kita terdahulu serta rakyat yang sangat cintakan negara, di sinilah kita berada. Di bumi bertuah Malaysia indah tercinta ini. Dengan adanya sambutan kemerdekaan ini, dapatlah warga Keladi khususnya kepada para pelajar untuk menilai erti kemerdekaan sebenar.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Kepada semua warga Keladi, diucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkahan ini dengan sebaiknya. Jadikan bulan yang mulia ini sebagai bulan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan dan beristikamah walaupun selepas bulan Ramadhan. Pernah dikatakan bulan Ramadhan adalah bulan seribu rahmat. Sama-samalah kita beramal dan berdoa supaya diketemukan dengan malam Lailatulqadar. Semoga kita dapat beramal dengan ikhlas dengan harapan agar kita dapat menemui malam yang lebih baik dari seribu malam.
“Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu. Semoga kamu menjadi orang yang bertakwa”
Surah Al-Baqarah, ayat 183



Demam H1N1
Selsema, batuk serta demam antara tanda-tanda kepada demam H1N1. Baru-baru ini, wabak influenza H1N1 dikatakan semakin berkurangan. Namun begitu, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak mengambil berat tentang kesihatan. Kepada pelajar yang mempunyai simptom-simptom yang disebutkan adalah digalakkan ke hospital dan sentiasa memakai topeng muka untuk mengelakkan penularan demam serta selsema.
Bersamalah kita mencegah H1N1
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan












LOGO HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52


Posted by
Peragas Nadason
Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang

Ciri-ciri pelajar cemerlang seperti berikut:

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.


Posted by

Peragas Nadason

Carta Organisasi
Latihan Dalam Perkhidmatan
Pengurusan Stress oleh Puan Lau Hooi Lin

Tanda-tanda Stress
  • tegang dan gementar serta gugup
  • terlalu runsing - fikiran terganggu
  • tidak boleh santai
  • rambut keguguran
  • enggan bekerjasama (asingkan diri)
  • emosi tidak stabil (cepat marah)
  • takut menghadapi masalah
  • sistem imun badan lemah
  • pernafasan cepat
  • degupan jantung meningkat / sakit jantung
  • sakit kepala
  • darah tinggi
  • rasa ketegangan otot
  • mengalami masalah tidur
  • mengalami masalah dalam selera makan
Profil Sekolah
Nama : Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi
Alamat : Jalan Keladi, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KEA 5026
Nombor Telefon : 04-4953497
Tarikh Ditubuhkan : 28 November 1994
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Bilangan Guru : 56 orang
Bilangan Pelajar : 701 orang
Falsafah Sekolah
Visi Sekolah
Mencapai taraf sekolah cemerlang menjelang tahun 2010


Misi Sekolah
Ø Mencapai kelulusan melebihi 80% dalam semua peperiksaan awam
Ø Menjuarai bidang sukan dan permainan, gerak kerja unit berunifor, persatuan dan lain-lain pertandingan kokurikulum
Ø Mewujudkan dan melengkapkan infrastruktur agar sekolah sentiasa ceria, selamat dan bersih
Ø Meminimumkan kes-kes disiplin dan mencapai ponteng sifar
Ø Mencapai tahap yang berkualiti dalam pengurusan sekolah


Matlamat Sekolah
Melahirkan insan yang ‘serba boleh’, berdisiplin, berketrampilan, berhemah tinggi, mencintai ilmu dan memegang teguh prinsip-prinsip agama dan nilai murni

Cogan Kata Sekolah
‘INSAN WAJA’

Piagam Pelanggan
Kami, pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi berikrar:
Ø Menyediakan prasarana akademik yang terbaik untuk melahirkan insan yang cintakan ilmu dan kecemerlangan
Ø Menjana sikap dan nilai yang betul di kalangan warga sekolah seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara
Ø Mengembang dan menyuburkan potensi anak didik kami dalam kepimpinan, ketokohan, keahlian dan kepakaran
Ø Menjalin keakraban dengan semua pihak
Ø Memastikan pengurusan sekolah sentiasa ‘one step ahead’
Ø Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara dengan cekap, bersih dan amanah